Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #301 : ZAKAT DUIT BULANAN DITERIMA DARIPADA ANAK

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 301 (24 JUN 2016 M / 19 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Tuan Mufti. Saya ingin mengajukan soalan yang dilontarkan oleh ibu saya. Adakah duit yang yang diterima daripada anak2 pada setiap bulan perlu di ambil kira dlm pengiraan zakat pendapatan ibubapa?

Mohon pencerahan Tuan Mufti

JAWAPAN:

Waalakumussalam wbt,

Dalam isu ini saya bahagikan kepada dua keadaan:

Pertama: Jika pemberian tersebut lebih kepada pemberian biasa yang dikira tidaklah banyak sangat seperti dalam jumlah yang tidak menentu, RM 10 – RM 100, kemudian terus habis digunakan, dan terkadang diberi dan terkadang tidak diberi, dan akhirnya jumlah itu diberi tidak mundhabit (konsisten), maka saya berpendapat ketika itu dia tidak perlu membayar zakat melainkan telah terkumpul dalam simpanan lalu cukup nisab dan haul, maka dikenakan zakat.

Kedua: Jika anak-anak itu kaya seperti memiliki syarikat-syarikat besar, lalu mereka berkata kepada ibu mereka, sebagai contoh, “Ibu tinggal di rumah sahajalah, kami beri masuk akaun mak sebulan Rm10,000.00.” Diberi secara konsisten sebagai penghargaan kepada ibu mereka. Saya berpendapat hal ini sama seperti orang yang bergaji dan sepatutnya dikeluarkan zakat pendapatan.

Wallahua’lam