Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #400 : KENAJISAN TAHI CICAK

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 400 ( 11 OKTOBER 2016 M / 10 MUHARRAM 1437 H)

SOALAN:

Salam. Adakah tahi cicak itu najis? Kalau tahi cicak itu terpijak di kaki adakah sah solat seseorang?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Pada asalnya, mazhab Syafie memandang tinja, bahan buangan dan kencing itu najis daripada sekalian haiwan sekalipun binatang yang dimakan dan tidak dimakan. Namun ada beberapa keadaan, yakni berlaku umm al-balwa, keadaan apabila keberadaan najis itu susah dikawal dan dielakkan, seperti tahi burung di masjid, tinja ikan di dalam air dan tinja belalang, dan tinja haiwan yang tidak ada darah mengalir di dalam badannya termasuklah cicak mengikut pandangan sebahagian ulama, maka ia dianggap najis juga, tetapi dimaafkan kerana sukar untuk dielakkan. Rujuk kenyataan Imam Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (2/550); Nihayah al-Muhtaj (1/80).
Justeru, kami cenderung bahawa jika tahi cicak itu boleh dielakkan, maka jika terpijak, dianggap najis yang perlu dibuang dan boleh merosakkan solat. Namun jika sedikit, dan akibat sukar untuk mengelakkannya, tidaklah merosakkan solat kerana najis itu dimaafkan.

Wallahua’lam.