AL-KAFI #317 : BATALKAH PUASA JIKA MENELAN MAKANAN SEWAKTU AZAN SUBUH?

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 317 (5 JULAI 2016 M / 30 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz dr zulkifli.

Saya ingin mengajukan satu soalan. Apakah hukum menelan makanan yang masih tersisa dalam mulut ketika azan subuh berkumandang? Adakah batal puasanya?

JAWAPAN :

Waalaikumussalam wbt,

Perkara ini berlaku khilaf dalam kalangan ulama. Kami cenderung kepada pendapat bahawa seseorang yang berpuasa itu hendaklah dia berhenti makan dan tidak menelan makanan yang berada di dalam mulutnya sewaktu azan subuh berkumandang. Jika tetap menelannya, maka batallah puasanya. Ini berdasarkan firman Allah:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

Maksudnya: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.

(Surah al-Baqarah, 2:187)

Wallahua’lam.