Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 10 (24 APRIL 2015 BERSAMAAN 5 REJAB 1436H)

Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu kemusykilan. Saya lihat kebanyakan jururawat di hospital akan lipat lengan baju hingga ke paras siku untuk mngelakkan tangan baju mereka terkena pada pesakit dan akan menyebabkan jangkitan. Adakah ini satu darurat kepada mereka sehingga mereka menampakkan kulit lengan mereka ataupun mereka perlu mencari altenatif lain seperti memakai sarung lengan? Syukran ustaz.

 

JAWAPAN

Masalah ini menjadi khilaf di kalangan ulama apakah lengan wanita dianggap aurat atau sebaliknya ketika dalam kerja atau ketika melakukan sesuatu tugas seperti persoalan di atas. Ada yang mengharuskan kerana darurat tetapi hendaklah dikadarkan ketikanya sahaja bukan sentiasa berkeadaan begitu.

 

Saya nukilkan di sini pandangan beberapa tokoh berkenaan dengan tangan dan juga wajah. Ibn Hazm dalam kitabnya Maratib al-Ijma’ berkata: “Sepakat ulama’ bahawa rambut wanita yang merdeka dan tubuh badannya selain wajah dan tangannya adalah aurat. Mereka khilaf pada wajah dan dua tangan termasuk kuku apakah aurat ataupun tidak.” Ibn Hajar al-Haitami berpendapat sunat wanita menutup wajahnya dan bukanlah wajib melainkan jika dibimbangi membawa fitnah.

 

Akhir kalam, saya syorkan supaya pakailah jenis pakaian seperti sarung lengan seperti persoalan di atas hendaklah dilakukan. Ini kerana ia keluar dari sebarang khilaf.