Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #20 : USAHA MENCARI KERJA YANG DIBERKATI

SOALAN 20 (28 APRIL 2015 BERSAMAAN 9 REJAB 1436H)

Persoalan saya ialah apakah tindakan sewajarnya yang patut saya lakukan dalam usaha mencari kerja yang benar-benar halal dan ada keberkatan?

 

JAWAPAN

Pertamanya kerja sendiri berdasarkan hadith berkenaan dengan sebaik-baik amalan ialah sumber daripada kerja tangannya sendiri.

مَا أَكَلَ أَحَدٌ مِنْكُمْ طَعَامًا أَحَبَّ إِلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ عَمَلِ يَدَيْهِ

Maksudnya: “Tiada seorang dari kalangan kamu makan makanan lebih disukai di sisi Allah daripada amalan kedua tangannya. (Riwayat al-Bukhari)

 

Oleh itu saya cadangkan saudara melihat kemampuan yang ada pada saudara kemudian kembangkan kreativiti dan kepakaran yang ada itu sebagai satu bentuk mata pencarian. Ini jauh lebih baik daripada saudara bergantung kepada yang lain. Lakukan ibadah solat berjemaah dan juga pastikan selamat dari sebarang unsur penipuan.