Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PENCERAHAN BERKENAAN KITAB “BARAKATUL MAKIYYAH” YANG DIKATAKAN BOLEH MELINDUNGI DARI MALAPETAKA JIKA ADA MENYIMPANNYA

SOALAN 66 (02/06/2015 BERSAMAAN 15 Sya’aban 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Saya mohon pencerahan ustaz tentang kitab Barakatul Makiyyah. Saya dapat satu info mengatakan kitab ini tidak betul. Katanya, jika ada menyimpan buku itu boleh melindungi kita dari kebakaran, banjir, atau musibah-musibah lain. Tidak membacanya sekalipun tidak mengapa. Mohon jawapan dari ustaz. Terima kasih.

 

JAWAPAN

Saya minta maaf. Saya belum sempat untuk merujuknya tetapi amat perlu untuk kita meyakini Allahlah yang berkuasa atas tiap sesuatu kecuali kita berdoa dan berusaha kemudian menyerahkan keputusannya kepada-Nya.