Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PERSELISIHAN FAHAM HINGGA TIDAK BERTEGUR

SOALAN 74 (11/06/2015 BERSAMAAN 24 Sya’aban 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Saya ada berselisih faham dengan rakan sekerja lelaki. Walaubagaimanapun saya telah meminta maaf sekiranya saya bersalah kerana meninggikan suara kepadanya. Tetapi hingga hari ini, hampir setahun masih tidak mahu menegur saya. Saya seorang perempuan , adakah saya perlu menegur sapa dia selalu sebab dia mempunyai sifat ego yang tinggi. Minta nasihat Ustaz

 

JAWAPAN

Cukup berinteraksi secara yang baiknya dan halnya terpulang kepadanya. Kita baiki diri kita dan nawaitu kita dengan ikhlas.