Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

sahkah mandi wajib rambut yang diwarnakan?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 207 (8 MAC 2016 M / 28 JAMADILAWAL 1437 H)

 

SOALAN:

Assalamualaikum Tuan Mufti.

Kawan perempuan saya baru saja masuk Islam. Sebelum dia dapat hidayah, dia ada mewarnakan rambut. Soalan saya, adakah sah mandi wajib dia?

 

JAWAPAN: 

Waalaikumussalam wbt,

Perlu dilihat pada bahan yang digunakan sebagai pewarna rambut. Jika sifatnya sama seperti inai, yakni boleh ditimbus air dan nipis, maka sah mandi wajib dan tidak perlu diulang. Jika tidak, maka boleh dipotong bahagian rambut yang diwarnakan tersebut, atau boleh dilunturkan (bleaching) sehingga hilang zat yang menghalang air sampai, kemudian dilaksanakan mandi wajib semula.

Wallahua`lam.