AL-KAFI #982: BAGAIMANA JIKA TERLUPA SUJUD SAHWI?

TERLUPA SUJUD SAHWI.JPG

Soalan

Assalamualaikum SS Mufti. Saya difahamkan sujud sahwi dibuat kerana terlupa rakaat sembahyang. Jika kita terlupa sujud sahwi, bagaimana kedudukan sembahyang tersebut? Terlupa disebabkan faktor umur.

 

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami kemukakan terlebih dahulu maksud sujud sahwi dan hukumnya yang dinukilkan daripada kitab al-Fiqh al-Manhaji secara ringkas seperti berikut:

Menjawab persoalan di atas, jika terlupa hukumnya adalah dimaafkan. Ini juga kerana hukum asalnya adalah sunat. Hal ini sepertimana disebut dalam firman Allah SWT:

عَفَا اللَّـهُ عَمَّا سَلَفَ

Maksudnya: “Allah maafkan apa yang telah lalu.”

(Surah al-Maidah: 95)

Lihat juga artikel kami dalam siri Al-Kafi #694: Perlukah Sujud Sahwi Jika Imam Meninggalkannya?[1] untuk menambahkan kefahaman.

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita. Amin.

 

Nota Hujung:

[1] Lihat http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2252-al-kafi-694-perlukah-sujud-sahwi-jika-imam-meninggalkannya?highlight=WyJzYWh3aSJd