AL-KAFI #1745 : ADAKAH SEKADAR MEMBACA TERJEMAHAN AL-QURAN DIKIRA SEBAGAI TILAWAH?

SFB

Soalan :

Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan. Sekiranya kita membaca Al-Quran tidak lancar dan takut tersalah sebut makhraj atau hukum tajwid, adakah boleh sekadar baca terjemahan Al-Quran?

Ringkasan jawapan :

Waalaikumusalam. Dibenarkan membaca terjemahan Al-Quran tanpa membaca ayat-ayatnya terlebih dahulu. Namun demikian,Membaca Al-Quran dengan betul adalah satu tuntutan. Bagi membetulkan bacaan Al-Quran maka wajib untuk mempelajari ilmu tajwid. Ini berdasarkan kaedah :

مَا لَا يَتِمُّ إِلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

Maksudnya : “Apa yang tidak sempurna kewajipan melainkan dengan perkara tersebut. Maka perkara tersebut juga adalah wajib.”

Berdasarkan kaedah ini, mempelajari ilmu tajwid adalah wajib yang mana ianya bertujuan agar bacaan Al-Quran boleh diperbaiki. Begitu juga, amat perlu untuk mencari seorang guru yang boleh membantu kita memperbaiki kualiti bacaan Al-Quran.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa membaca terjemahan juga adalah satu usaha untuk membaca dan memahami Al-Quran.Ia adalah satu usaha yang bagus dan dipuji namun asasnya adalah membaca Al-Quran dengan bahasa asalnya iaitu bahasa Arab tidak cukup dengan hanya membaca terjemahan. Tiada alasan untuk tidak membaca Al-Quran dalam bahasa arab. Segala usaha untuk mempelajari bacaan dan pemahaman ayat-ayat Al-Quran.

Semoga Allah memberikan kekuatan untuk sentiasa mendampingi Al-Quran.Wallahu’alam.