BAYAN LINNAS SIRI KE-220: PUBG: PANDANGAN DARI SUDUT SYARAK

 

bayan linnas 220

Soalan

Apakah hukum bermain permainan Player Unknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG

Jawapan

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, sahabat-sahabat Baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.

Pengenalan

PUBG atau lebih dikenali sebagai Player Unknown’s Battlegrounds merupakan permainan peperangan secara online yang dibangunkan oleh syarikat Bluehole yang berpusat di Korea Selatan. Sekarang dioperasikan oleh PUBG Corporation yang merupakan anak syarikat Bluehole.

PUBG kali pertama dilancarkan menggunakan Microsoft Window melalui perisisan Steam’s [1]. PUBG dilancarkan pada peringkat percubaan pada bulan Mac 2017 dan dilancarkan secara penuh pada Disember 2017. Permainan ini telah mencatat rekod baru. Terdapat sekitar 877,844 pemain dalam satu masa yang sama pada 26 Ogos 2017 di platform Steam [2]. Angka ini mengalahkan rekod jumlah pemain Dota 2 dalam waktu bersamaan yang hanya mencapai 842,919. PUBG versi Xbox, mobile dan Playstation4 telah dilancarkan pada tahun 2018.

Permainan ini berasaskan mod-mod terdahulu yang dibuat oleh Brendan "PlayerUnknown" Greene untuk permainan-permainan lain dalam bentuk peperangan dan diilhamkan daripada sebuah filem Jepun Battle Royal pada tahun 2000. Di Playstore, permainan ini telah dimainkan sebanyak lebih dari 50 juta pengguna Android seluruh dunia.

Konsep Permainan PUBG

Pandangan-pandangan berkenaan PUBG

Risiko

Ketagihan yang berlebihan ini lebih dikenali sebagai Gaming Disorder berdasarkan laman web WHO, Gaming Disorder ditakrifkan dalam Draf 11 Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD-11). Mereka yang berhadapan dengan masalah berkenaan akan mempunyai ketagihan yang teruk dalam permainan video sehingga memberi kesan negatif terhadap diri sendiri, keluarga, pekerjaan, pendidikan dan sosial. Masalah itu disenarai dalam ICD-11 berdasarkan tinjauan bukti yang ada dan mencerminkan konsensus pakar daripada pelbagai disiplin serta wilayah geografi yang terlibat dalam proses perundingan teknikal yang dijalankan oleh WHO.[11]

Selain itu, terdapat pelbagai kes yang menyebabkan kematian di antaranya pada tahun 2014, seorang wanita berusia 27 tahun telah dilaporkan mati secara mengejut selepas bermain permainan video tanpa henti selama 10 jam. Manakala pada tahun 2015, remaja lelaki berusia 17 tahun telah dihantar ke wad kecemasan dan meninggal di hospital selepas terjatuh koma ketika bermain permainan video. Dia dilaporkan telah bermain permainan berkenaan hampir 22 hari tanpa henti dan hanya berhenti bermain untuk makan dan tidur.[12]

Peluang masa hadapan

Permainan PUBG ini boleh dikategorikan sebagai E-Sport dan dapat menarik minat anak muda. Ini seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian versi online menyatakan bahawa Malaysia memenangi dalam permainan DOTA dengan membawa pulang hadiah sebanyak USD500,000.[13] Kerajaan juga menjanjikan peluang pekerjaan baru bagi generasi akan datang ini seperti yang dipetik Hmetro. [14]

Hiburan Dalam Islam

Hiburan dalam Bahasa Arab al-Lahwu bermaksud semua perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang mengganggu tidurnya. Ia juga tidak mempunyai hakikat yang sabit seperti bermain, berjenaka, bersembang malam, menyanyi dan sebagainya[15]

Pada asalnya hiburan diharuskan di dalam islam melainkan di datangkan kepadanya perkara yang haram ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Hanzalah RA, Sabda Nabi SAW:

 يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً وَلَوْ كَانَتْ تَكُونُ قُلُوبُكُمْ كَمَا تَكُونُ عِنْدَ الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُسَلِّمَ عَلَيْكُمْ فِي الطُّرُقِ ‏‏ 

Maksudnya: Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah SWT, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan.

Sahih Muslim (2750)

Imam Nawawi sewaktu mentafsirkan hadith ini yang turut diriwayatkan dengan lafaz berbeza dalam Sahih Muslim, beliau menjelaskan bahawa kita tidak dituntut untuk beribadah sepanjang masa. Kerana itu apabila Hanzalah merasa risau dirinya telah munafiq kerana ‘lalai’ daripada mengingati Allah SWT, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ada masa diperuntukkan untuk ibadah, ada masa juga perlu diperuntukkan untuk kehidupan dunia dan berhibur bersama keluarga.[16]

Di dalam Kitab al-Fiqh al-Manhaji, pengarang telah menggariskan beberapa penetapan hukum di dalam hiburan di antaranya:

Begitu juga dalam hiburan dan permainan yang memerlukan kepada kemahiran berfikir adalah dibenarkan. Dan hal berkenaan dengan halal atau makruh bergantung kepada sejauh mana kesan terhadap pemain itu. Ini seperti yang dijelaskan di dalam Kitab al-Fiqh al-Manhaji menyatakan: “Permainan catur, ia merupakan suatu permainan yang banyak bergantung kepada penggunaan akal dan fikiran. Tidak syak lagi ia memberikan kesan yang baik kepada daya fikiran pemain. Sekiranya permainan ini menyebabkan pemain leka dan mengambil masa yang lama, hukumnya menjadi makruh. Sekiranya permainan ini terlalu melekakan hingga menyebabkan pemain mengabaikan beberapa tanggungjawabnya, hukumnya menjadi haram” .[17]

Dalam menerangkan tentang permainan catur, ulama bersepakat sekiranya terdapat unsur-unsur perjudian, meninggalkan tanggungjawab yan wajib seperti melewatkan waktu solat dan terdapat unsur-unsur penipuan. Namun sekiranya tidak terdapat perkara yang diharamkan, ulama berselisih pendapat. Haram bermain catur mengikut pandangan Malikiyah dan Hanabilah dan makruh mengikut pandangan mazhab Syafieyah dan Hanafiyah.[18]

Kesimpulan

Berdasarkan kepada dalil yang didatangkan, pada asalnya hukum berhibur adalah di haruskan. Ini berpandukan dalam kaedah fiqhiyah:

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم

Maksudnya: Hukum asal sesuatu perkara adalah diharuskan, sehingga di datangkan dalil pengharamannya.[19]

Penilitian terhadap dalil-dalil yang di atas, terdapat persamaan pemainan PUBG dengan permainan catur yang memerlukan kemahiran berfikir serta strategi. Dan kami lebih cenderung dengan memakruhkannya seperti pandangan di dalam mazhab Syafi’eyah, Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir RA, daripada Nabi SAW:

لَيْسَ مِنَ اللَّهْوِ إِلاَّ ثَلاَثٌ ‏:‏ تَأْدِيبُ الرَّجُلِ فَرَسَهُ وَمُلاَعَبَتُهُ أَهْلَهُ وَرَمْيُهُ بِقَوْسِهِ وَنَبْلِهِ

Maksudnya: Tidak termasuk perkara yang sia-sia melainkan tiga perkara: Seseorang yang melatih kudanya, bermesra dengan isterinya dan memanah dengan menggunakan busur dan anak panahnya.

Hadis riwayat Abi Daud (2513)

Namum haram hukumnya seseorang itu bermain permainan PUBG sekiranya membawa kepada perkara berikut:

Ini berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah:

ما أدى إلى الحرام فهو حرام

Maksudnya: Sesuatu perkara yang membawa kepada yang haram, maka perkara tersebut haram hukumnya.

Oleh itu, kami cenderung memakruhkan permainan PUBG ini kerana terdapat unsur-unsur yang membuang masa, namun PUBG ini menjadi haram sekiranya pemain itu melanggar batas-batas yang ditetapkan syarak serta meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Kami sarankan pemilihan permainan yang boleh memberi manfaat serta menambahkan ilmu pengetahuan dan tidak melalaikan. Ingatlah kita dicipta bertujuan sebagai hamba allah SWT dan pemegang amanah sebagai khalifah di muka bumi bukanlah untuk menlakukan perkara yang sia-sia. Ini seperti fiman Allah SWT:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Surah al-Mukminun, 115

Wallahualam

Bibliografi

Al-Quran al-Karim

Al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafie, Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali Syarbaji, Cetakan dar al-Qalam 1992

Syarah al-Nawawi ala Muslim, Abu Zakaria Mahyu al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi, Dar Ihya’ al-Turas al-Arabi

Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, Wizarah al-Auqaf dan Syuun al-Islamiyah Kuwait, Dar al-Sofwah, Dar al-salasil, Wizarah, 1427h

Al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al- Arba’ah, Muhammad Mustafa al-Zuhaili, Dar al-Fikr, 2006

https://www.gamespot.com, daripada Chris Pereira, 27 Ogos 2017

http://www.gamasutra.com, daripada Alissa McAloon, 31 Julai 2017

https://pubg.gamepedia.com

https://www.youm7.com, 28 November 2018

https://www.alwatanvoice.com, 6 Mac 2019

https://blogs.aljazeera.net, daripada Toha Yasin Muhammad al-Zaibari, 26 November 2018

http://www.kurdistan24.net, daripada Kurdistan24 اربیل, 2 Desember 2018

Akhbar Sinar Harian,Nor Azaruddin, Husni Nuruddin, 27 Mac 2019

http://www.kosmo.com.my, Farid Ahmad Tarmiji, 28 Jun 2018

http://www.astroawani.com , Amirul Awaludin, 27 Disember 2017

https://www.sinarharian.com.my, Naimah Muhammad, 8 Mar 2019

https://www.hmetro.com.my, Afiq Hanif, 2 Ogos 2018

http://rootofscience.com, 19 Jun 2018

 

[1] Steam ialah pelantar pengedaran digital, pengurusan hak digital, permainan video berganda, dan perkhidmatan rangkaian sosial berasaskan Internet dibangunkan oleh Valve Corporation. Steam menyediakan penggunanya dengan pemasangan dan pengemaskinian automatik permainan video pada beberapa komputer, dan ciri komuniti seperti senarai rakan dan kumpulan, simpanan awan (cloud storage), dan fungsi suara dan sembang dalam permainan. Perisian ini menyediakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) percuma yang digelar Steamworks, yang mana pembangun boleh menggunakannya untuk menyatukan banyak fungsi Steam, termasuk perangkaian dan pemadanan, pencapaian dalam permainan, transaksi mikro, dan sokongan untuk kandungan ciptaan pengguna melalui Steam Workshop, ke dalam produk mereka.

[2] Lihat https://www.gamespot.com/articles/pubg-becomes-the-biggest-game-on-steam-briefly-sur/1100-6452900/ Lihat juga http://www.gamasutra.com/view/news/302813/Playerunknowns_Battlegrounds_claims_record_for_most_peak_players_in_a_nonValve_game.php

[3] Lihat juga: https://pubg.gamepedia.com/About

[4] Lihat https://www.youm7.com/story/2018/11/28/11-%D9%86%D8%B5%D9%8A%D8%AD%D8%A9-%D9%85%D9%86-%D9%85%D8%B1%D9%83%D8%B2-%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B2%D9%87%D8%B1-%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%A7%D9%84%D9%85%D9%89-%D9%84%D8%AD%D9%85%D8%A7%D9%8A%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AC%D8%AA%D9%85%D8%B9-%D9%85%D9%86-%D8%AE%D8%B7%D8%B1/4048124

[5] Lihat: https://www.alwatanvoice.com/arabic/news/2019/03/06/1223056.html

[6] Lihat: https://blogs.aljazeera.net/blogs/2018/11/26/%D9%84%D9%85%D8%A7%D8%B0%D8%A7-%D8%A7%D9%84%D8%B0%D9%87%D8%A7%D8%A8-%D9%86%D8%AD%D9%88-%D8%AA%D8%AD%D8%B1%D9%8A%D9%85-%D9%84%D8%B9%D8%A8%D8%A9-pubg

Lihat juga: http://www.kurdistan24.net/ar/news/0114deba-4471-47f1-bb95-370161a861b1

[7] Lihat Sinar Harian Rabu 27 Mac 2019, hlm 39

[8] Sinar Harian Rabu 27 Mac 2019, hlm 39

[9] Sinar Harian Rabu 27 Mac 2019, hlm 39

[10] Harian metro Ahad 17 Mac 2019

[11]ICD adalah asas untuk mengenal pasti trend kesihatan dan statistik di peringkat global dan piawaian antarabangsa bagi melaporkan penyakit dan keadaan kesihatan. WHO menjelaskan, masalah tersebut didiagnosis berdasarkan corak dan tingkah laku seseorang yang bermain permainan video Lihat: http://rootofscience.com/blog/2018/kesihatan/mental/ketagihan-game-sebagai-penyakit-mental/?fbclid=IwAR2iPxUO2R20FUPDcfeRlE60c6WhQnPBMVePaoJWU-Nf6sTgzGiNGp2q1hk Lihat Juga: http://www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/kesan-negatif-terhadap-kehidupan-individu-1.697860

[12] Lihat http://www.astroawani.com/berita-dunia/ketagihan-permainan-video-sebagai-masalah-kesihatan-mental-who-164052

[13] Lihat https://www.sinarharian.com.my/article/16889/SISIPAN/Oh!-Lelaki/Ini-sebabnya-mengapa-lelaki-asyik-main-game

[14] Lihat https://www.hmetro.com.my/itmetro/2018/08/364175/e-sukan-masa-depan-negara

[15] Lihat: Al-Fiqh al-Manhaji Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e 8/165

[16] Lihat: Syarah Sahih Muslim, 17/66

[17]Lihat: Al-Fiqh al-Manhaji Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e 8/165-166

[18] Lihat: al-Mausua’h al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 35/270

[19] Lihat: al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba’ah Dr. Muhammad Mustafa al-Zuhaili 1/190