Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 22 (23/06/2015 BERSAMAAN 06 RAMADAN 1436H)

Apakah hukum menitiskan ubat ke dalam telinga?

 

JAWAPAN

Dr. Yusuf al-Qardhawi menyebut bahawa Ibn Hazam berkata: “Menggunakan suntikan atau ubat yang disedutkan ke dalam hidung, menitiskan ubat ke dalam telinga, saluran kencing, ataupun memasukkan air ke dalam hidung dan sampai ke kerongkong tidak mencacatkan puasa. Begitu juga dengan berkumur-kumur hingga tertelan tanpa sengaja. Juga tidak cacat puasa dengan sebab bercelak. Tepung, debu, inai, minyak wangi, peria, lalat dan ubat daripada tumbuh-tumbuhan atau seumoamanya juga tidak membatalkan puasa.”

Pendapat seperti ini sedikit sabanyak memberi rukhsah dan kelonggaran kepada umat Islam.