Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 28 (24/06/2015 BERSAMAAN 07 RAMADAN 1436H)

 

Apakah maksud fisabilillah ketika puasa?

 

JAWAPAN

Daripada Ibn Majah, katanya sabda Rasulullah SAW:

مَنْ صَامَ يَوْمًا فِيْ سَبِيْلِ الله باعد الله وَجْهَهُ مِنْ جَهَنَّم سَبْعِيْنَ عَامًا

Maksudnya: “Siapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah, nescaya jarakkannya daripada bahang neraka jahannam 70 tahun.”

(Riwayat al-Nasaie dan Ibn Majah)

 

Daripada Uqbah bin Amir, katanya:

مَنْ صَامَ يَوْمًا فِيْ سَبِيْلِ اللهِ باعد الله مِنْهُ جَهَنَّم مَسِيْرَة مِائَةَ عَامٍ

Maksudnya: “Siapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah, nescaya Allah jarakkannya dari neraka jahannam selama seratus tahun,”

(Riwayay al-Nasaie)

 

            Ibn Daqiq al-‘Id berkata: “Perkataan Fi Sabilillah mengikut uruf (keadaan) yang masyhur digunakan untuk jihad. Jika dibawa (maksud jihad) itu kepada ibadat puasa maka ia merupakan kelebihan baginya kerana berkumpul dua ibadat. Yang dikehendaki dengan “Fi Sabilillah” ialah (sebarang) ketaatan kepada Allah SWT dengan cara apapun. Makna yang pertama lebih dekat kepada maksudnya. Jika sekiranya puasa tidak melemahkannya daripada berjihad maka meneruskan puasa adalah lebih afdal untuk menghimpunkan antara dua fadilat.”