IRSYAD HUKUM KE-24: PENENTUAN ZAKAT FITRAH SELURUH MALAYSIA

 

Bagaimana penentuan harga zakat fitrah seluruh Malaysia?

 

Jawapan:

Asal zakat fitrah adalah satu so’ (gantang) dan nilainya seperti yang dinyatakan oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh al-Islami wa Adillatuh ialah 2751 gram. Dan di sisi mazhab Hanafi 3800 gram.

Dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-57 bertarikh 10 Jun 2003 seperti berikut: 

Kebiasaan yang berlaku apabila menjelang Ramadan, Jawatankuasa Syariah atau Fatwa Negeri akan memutuskan nilai harga beras semasa mengikut daerah atau jenis dan gred beras yang dimakan oleh penduduk. Kemudian diputuskan dengan mengambil kira nilaian sebanyak segantang beras iaitu hampir kepada 2.60 kg. 

Marilah kita menjadikan diri kita termasuk dalam golongan penunai zakat yang bukan sahaja zakat fitrah tetapi zakat harta apabila cukup haul dan nisabnya agar kita beroleh keredhaan Ilahi dan keberkatan dalam kehidupan ini disamping terhindar daripada kemurkaan-Nya.