MEWARISI HARTA BUKAN MUSLIM

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 169 (28 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 18 RABIULAKHIR 1437H)

 

Soalan:

Assalamualaikum ustaz,

Salam. Saya ingin mohon penjelasan samada seorang lelaki/perempuan dewasa yang memeluk agama islam, adakah beliau berhak untuk mewarisi harta pusaka dari ibu/bapa yang beragama lain apabila ibu/bapa tersebut meninggal dunia?

 

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam mazhab al-Syafie, perwarisan harta daripada orang bukan Islam kepada waris yang Islam adalah tidak dibenarkan. Daripada Usamah bin Zaid R.Anhuma bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

لاَ يَرِثُ المُسْلِمُ الكَافِرَ وَلاَ الكَافِرُ المُسْلِمَ

Maksudnya: Tidak mewarisi seorang Muslim daripada seorang kafir dan tidak mewarisi seorang kafir daripada seorang Muslim.

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Namun begitu, terdapat pandangan yang berbeza dalam kalangan ulama berkenaan orang Islam mewarisi daripada orang kafir. Sebahagian ulama membenarkan manakala sebahagian yang lain tidak membenarkan.

Kami cenderung kepada pendapat bahawa jika harta tersebut dihadiahkan sebagai pemberian (atau wasiat) maka dibenarkan mengambil harta pusaka tersebut.

Wallahua`lam.