IRSYAD AL-FATWA KHAS HAJI DAN KORBAN SIRI KE – 64 : ADAKAH SAH HAIWAN KORBAN YANG TERPATAH TANDUK?

       

T

 

Soalan:

Assalammualaikum, semasa pemilihan haiwan korban, terdapat haiwan korban yang berisi tapi tanduknya patah. Persoalannya, adakah haiwan korban yang tanduknya patah masih boleh dijadikan haiwan sembelihan korban.Mohon pencerahan SS Mufti.

Ringkasan Jawapan:

Haiwan yang dijadikan sembelihan korban mestilah yang paling terbaik. Bahkan, sebaiknya mencari haiwan yang gemuk dan bertanduk. Namun, sekiranya terdapat aib pada tanduk haiwan, maka hukumnya  berdasarkan keadaan - keadaan berikut :

Justeru itu, disunatkan mencari haiwan korban yang sempurna termasuklah tidak patah tanduk mahupun ketiadaan tanduk. Sekiranya tidak bertanduk, harus dijadikan haiwan korban namun makruh hukumnya.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Pensyariatan ibadah korban bagi mereka yang mampu berdasarkan dalil-dalil berikut:

Firman Allah SWT

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

Surah al-Khauthar (2)

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَن كان له سَعَةٌ ولم يُضَحِّ ، فلا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانا

Maksudnya: “Siapa yang diberi kemampuan sehingga dia mampu untuk berkorban dan tidak mahu melaksanakan ibadah korban, maka janganlah mendekati tempat solat kami (masjid)”.

Riwayat Ibn Majah 2123

Melaksanakan ibadah korban antara syiar agama Allah, firman Allah SWT:

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

Maksudnya: “Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin.”

Surah al-Hajj: (32)

Ibn Abbas RA menyatakan maksud mengagungkan syiar melalui ibadah korban iaitu mengemukkan haiwan korban.[1] Sementara ulama menyatakan sunat memilih haiwan korban yang sempurna dan baik termasuklah tidak patah  tanduk atau kehilangan tanduk.  [2]

Seterusnya, ulama bersepakat bahawa permilihan haiwan korban digalakkkan mencari yang paling terbaik, sempurna dan mempunyai tanduk sempurna berdasarkan riwayat riwayat berikut:

Hadis yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin Samit, bahawa Rasullullah SAW bersabda :

خَيْرُ الضَّحِيَّةِ الْكَبْشُ الْأَقْرَنُ

Maksudnya: "Sebaik-baik haiwan korban adalah  kibas (kambing biri-biri) yang mempunyai tanduk "

Riwayat al-Hakim

Haiwan korban yang mempunyai tanduk kelihatan lebih baik. Sebaliknya, makruh haiwan yang tiada tanduk   namun sah untuk dijadikan haiwan korban seperti yang dinukilkan dalam Majmu’  [3] 

Galakan memilih haiwan korban yang bertanduk berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, beliau berkata:

قَالَ: ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ، ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى وَكَبَّرَ، وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا»

Maksudnya: “Rasulullah SAW berkorban dengan dua ekor jantan kibas (kambing biri-biri) putih bertompok kehitaman lagi bertanduk, Baginda menyembelih keduanya dengan tangannya, lalu mengucapkan basmallah serta bertakbir, dan Baginda meletakkan kakinya di antara leher dan badan kedua haiwan tersebut "

Berdasarkan hadis tersebut, ulama berpandangan disunatkan mencari haiwan korban yang bertanduk dan ulama turut bersepakat harus menyembelih haiwan korban anak lembu yang masih tiada tanduk lagi. Walau bagaimanapun, fuqaha mazhab Syafi’i serta pandangan jumhur menyatakan hukum harus menyembelih haiwan korban yang tanduknya patah  sama ada ia berdarah atau tidak. [4]

Selain itu, haiwan korban yang bertanduk lebih berat timbangan pahala berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” 

Riwayat al-Tirmidzi (1493)

Hadis ini bermaksud setiap anggota daripada haiwan korban terdapat padanya ganjaran (pahala) dan ia akan datang pada hari kiamat sebagaimana di dunia, tanpa mengurangkan sedikitpun daripadanya. Haiwan tersebut akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat. [5]

Seterusnya, fuqaha mazhab Syafi’i menyatakan syarat haiwan korban mestilah   selamat daripada aib dan kecacatan yang boleh mengurangkan dagingnya.  Namun tidak terjejas aib yang sedikit seperti ketiadaan tanduk haiwan korban.[6]

Oleh itu, tidak terjejas syarat sah sembelihan korban daripada haiwan yang  tidak mempunyai tanduk atau dikenali sebagai “al-Jalha’ (الْجَلْحَاءَ).  Seterusnya tidak mematahkan tanduknya, namun, sekiranya tanduknya patah atau pecah dan merosakkan dagingnya, maka tidak sah sembelihan haiwan korban kerana disamakan seperti kurap/ kudis.[7] Hal ini kerana kudis yang sedikit menyebabkan tidak sah haiwan sembelihan korban berdasarkan pendapat  yang sahih daripada kalam Imam al-Nawawi :

قلت: الصحيح المنصوص يضر يسير الجرب والله أعلم

“Menurut pendapatku: Pendapat yang sahih dan yang dinyatakan dalam kitab al-Umm bahawa tidak sah kudis yang sedikit”[8]

Oleh itu, tanduk yang terpatah, pecah atau ketiadaan tanduk termasuk dalam aib yang sedikit tanpa menjejaskan daging haiwan korban.  Namun, sekiranya terpatah tanduk dan merosakkan daging haiwan tersebut, maka tidak sah sembelihan korban. Bahkan, maksud ibadah korban itu sendiri ialah untuk mempersembahkan daging haiwan sembelihan korban.[9]

PENUTUP

Berdasarkan perbahasan fuqaha mazhab Syafi’i, haiwan korban yang aibnya  sedikit   seperti ketiadaan tanduk atau patah tanduknya  sah dijadikan haiwan korban kerana tidak mengurangkan daging. Sebaliknya, tidak sah jika tanduk yang terpatah memberi kesan kepada rosaknya daging haiwan sembelihan korban tersebut. Justeru itu, mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban disunatkan untuk memilih haiwan korban yang terbaik, sempurna dan bertanduk. Sekiranya tidak bertanduk, harus dijadikan haiwan korban namun makruh hukumnya.

 

RUJUKAN :

[1] Ibn Kathir,1999 Tafsir al-Quran al-‘Azim, Dar al-Tayyibah : J : 5 p: 421 

قُولُ تَعَالَى: هَذَا {وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ} أَيْ: أَوَامِرَهُ، {فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ} وَمِنْ ذَلِكَ تَعْظِيمُ الْهَدَايَا وَالْبُدْنِ، كَمَا قَالَ الْحَكَمُ، عَنْ مقْسَم، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: تَعْظِيمُهَا: اسْتِسْمَانُهَا وَاسْتِحْسَانُهَا.

[2] Abu Bakar al-Dimyati, 1997, I’anah al-Thalibin ‘ala Hal al-Faz Fath al-Mu’in. Dar al-Fikr, J: 2 P: 380

 يسن في الأضحية استسمانها، لقوله تعالى: * (ومن يعظم شعائر الله) * الآية.

قال العلماء: هو استسمان الهدايا واستحسانها، وأن لا تكون مكسورة القرن، ولا فاقدته،

[3] al-Khatib as-Syirbini as-Syafie, Shamsuddin, Muhammad Bin Ahmad, 1994 Mughni al Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Dar al-Kutub al-‘Ilmia Jld. 6 p 129

ذَاتُ الْقَرْنِ أَوْلَى لِخَبَرِ «خَيْرُ الضَّحِيَّةِ الْكَبْشُ الْأَقْرَنُ» رَوَاهُ الْحَاكِمُ وَصَحَّحَ إسْنَادَهُ، وَلِأَنَّهَا أَحْسَنُ مَنْظَرًا بَلْ يُكْرَهُ غَيْرُهَا كَمَا نَقَلَهُ فِي الْمَجْمُوعِ عَنْ الْأَصْحَابِ،

Az-Zuhaili, 2018, al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, Damsyik : Darul Qalam  J: 2 P : 482

وَ يجزئ - مع الكراهة - التي لم يخلق لها قرن، والتي  انكسر غلاف  قرنها أو انكسر قرنها

[4]Al-Nawawi, 1392, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Bayrut : Dar al-Ihya’ Turath al-Arabi. J : 13 P: 120

 قَالَ الْعُلَمَاءُ فَيُسْتَحَبُّ الْأَقْرَنُ وَفِي هَذَا الْحَدِيثِ جَوَازُ تَضْحِيَةِ الْإِنْسَانِ بِعَدَدٍ مِنَ الْحَيَوَانِ وَاسْتِحْبَابُ الْأَقْرَنِ وَأَجْمَعَ الْعُلَمَاءُ عَلَى جَوَازِ

 التَّضْحِيَةِ بِالْأَجْمِ الَّذِي لَمْ يُخْلَقْ لَهُ قَرْنَانِ وَاخْتَلَفُوا فِي مكسورة القرن فجوزه الشافعى وأبو حنيفة والجمهور سواءكان يدمى أم لاوكرهه مَالِكٌ إِذَا كَانَ يُدْمِي وَجَعَلَهُ عَيْبًا وَأَجْمَعُوا عَلَى اسْتِحْبَابِ اسْتِحْسَانِهَا وَاخْتِيَارِ أَكْمَلِهَا

[5] Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi Bi Syarh Jami’ al-Tirmidzi, Bayrut : Kitab Ilmiah  J 5 p 62

 

وَأَنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَمَا كَانَ فِي الدُّنْيَا مِنْ غَيْرِ نُقْصَانِ شَيْءٍ مِنْهُ لِيَكُونَ بِكُلِّ عُضْوٍ مِنْهُ أَجْرٌ وَيَصِيرُ مَرْكَبُهُ عَلَى الصِّرَاطِ انْتَهَى

[6] Al-Nawawi, Abu Zakaria Mahya ad-din Yayha. (2005) Minhaj al-Thalibin wa Umdatun Muftin fi Fiqh: Dar al-Fikr . P: 320

وشرطها سلامة من عيب ينقص لحما

ولا يضر يسيرها ولا فقد قرون وكذا شق الإذن وخرقها في الأصح.

[7] al-Khatib as-Syirbini as-Syafie, Shamsuddin, Muhammad Bin Ahmad, 1994 Mughni al Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Dar al-Kutub al-‘Ilmia Jld. 6 p 129

(وَلَا) يَضُرُّ (فَقْدُ قَرْنٍ) خِلْقَةً، وَتُسَمَّى الْجَلْحَاءَ، وَلَا كَسْرُهُ مَا لَمْ يَعِبْ اللَّحْمَ، وَإِنْ دَمِيَ - بِالْكَسْرِ - لِأَنَّ الْقَرْنَ لَا يَتَعَلَّقُ بِهِ كَبِيرُ غَرَضٍ، فَإِنْ عِيبَ اللَّحْمُ ضَرَّ كَالْجَرَبِ وَغَيْرِهِ، وَذَاتُ الْقَرْنِ أَوْلَى لِخَبَرِ «خَيْرُ الضَّحِيَّةِ الْكَبْشُ الْأَقْرَنُ» رَوَاهُ الْحَاكِمُ وَصَحَّحَ إسْنَادَهُ

[8] Al-Nawawi, Abu Zakaria Mahya ad-din Yayha. (2005) Minhaj al-Thalibin wa Umdatun Muftin fi Fiqh: Dar al-Fikr . P: 320

[9] مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظ المنهاج (6/ 128)

؛ لِأَنَّ الْمَقْصُودَ مِنْ الْأُضْحِيَّةِ اللَّحْمُ أَوْ نَحْوُه؛