Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Bengkel Penerbitan Buku Modul Falak Wilayah Persekutuan

Bengkel Penerbitan Buku Modul Falak Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 26 oktober 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Objektif penerbitan buku modul ini adalah sebagai bahan bacaan dan rujukan dalam sektor pendidikan falak sekolah. Selain itu, ia juga memberi panduan kepada ahli Kelab Falak dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran selain memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan ilmu falak dalam kehidupan.

Bengkel ini dihadiri oleh Jawatankuasa Penulisan Penerbitan Buku Modul Falak Wilayah Persekutuan dan juga para panel penulis buku modul yang dilantik yang terdiri daripada beberapa agensi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaya, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.