Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG PERKENAN KEBERANGKATAN BAKAL JEMAAH HAJI MALAYSIA

SEPANG, 20 JUN 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan mencemar duli mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia yang akan berlepas ke Tanah Suci  bagi musim haji 1443H/2022 di Kompleks Tabung Haji Sepang (Movenpick) pada 20 Jun 2022. Ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Idris Ahmad serta Pengurusan Kanan Tabung Haji.

Program tersebut turut dihadiri oleh Tan Sri Azman Mokhtar,  Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Dato’ Seri Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, dan Tuan Yang Terutama Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dijemput hadir bagi menyampaikan bacaan doa bersempena pelepasan bakal jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci.

Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia akan mengerjakan Haji pada musim haji tahun ini, dengan dibantu oleh seramai 340 petugas Tabung Haji. Didoakan agar semua bakal haji yang akan menunaikan haji dikurniakan haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan serta perjalanan pergi dan pulang.

 

 


Print   Email
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+