Language :  
Theme Color: blue green oren
Text Size : 
A- A A+
FAQ

06 Mac 2020 (Jumaat)

Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Masjid Putra dan Perbadanan Putrajaya telah mengadakan program Falak fit Thoriq di dataran Putrajaya pada hari Jumaat 6 Mac 2020 bersamaan 11 Rejab 2020. Program tersebut dimulakan dengan kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Nik Abdul Rahman bin Haji Nik Mustapha, ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan dengan tajuk berkaitan Ilmu falak.

Program falak Fit Thoriq juga turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Latihan Islam Malaysia dan Universiti Tekonologi Mara (Uitm) Dengkil dengan menyediakan teleskop-teleskop kepada orang awam untuk menyaksikan objel langit malam di dataran Putrajaya. Sesi penerangan berkaitan objek samawi langit malam telah disampaikan oleh En Joko Satria, ahli astronomi. Harapan PMWP semoga program ini akan memberi manfaat kepada masyarakat awam mengenali objek-obkjek samawi di langit Malaysia disamping melihat tanda-tanda kebesaran makhluk ciptaan Allah SWT yang menjadi petunjuk kepada umat Islam keseluruhannya.

19 - 21 Februari 2020 (Rabu - Jumaat)

Pada 19 hingga 21 Februari 2020 yang lalu, Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Aplikasi Waktu Solat Antarabangsa dan Hitungan Waktu Solat yang bertempat di Furama Hotel, Kuala Lumpur.

Unit Falak PMWP dalam kerangka untuk membangunkan dan mewujudkan satu aplikasi waktu solat antarabangsa yang akan menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia yang akan keluar negara bagi mendapatkan maklumat jadual waktu solat semasa. Justeru, bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan sumber-sumber waktu solat luar negara selain membincangkan kaedah dan konsep aplikasi waktu solat yang akan dibangunkan. Turut hadir dalam bengkel kali ini wakil daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan wakil daripada Unit Falak, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Selain itu, peserta bengkel juga didedahkan dengan kaedah hitungan waktu solat harian menggunakan Almanak Falak Syarie dan latihan diberikan supaya semua pegawai dapat meningkatkan kemahiran dalam hitungan dan penyediaan waktu solat harian. Unit ini telah menjemput Encik Wan Kamel bin Wan Husain daripada Bahagian Ukur Geodetik, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi mengendalikan bengkel hitungan waktu solat tersebut.

Antara gambar-gambar sepanjang bengkel berlangsung

11 Februari 2020 (Selasa)

Mengorak langkah dalam memperkasakan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, setiap isu yang berbangkit dikalangan masyarakat akan diberi perhatian sewajarnya sama ada dari sudut kefatwaaan dan juga falak. Melalui unit falak PMWP selain menyediakan jadual waktu solat harian sebagai panduan, pengukuran dan penandaan arah kiblat bagi masjid, surau dan premis-premis adalah dibawah tanggungjawab PMWP, termasuk tanah-tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan. Bagi mendapatkan ketepatan bearing arah kiblat terutamanya di kawasan-kawasan sukar seperti tanah perkuburan di lereng-lereng bukit, PMWP telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia bagi menyediakan mapping tanah perkuburan Islam beserta bearing kiblat menggunakan dron.

Untuk itu pada 11 Februari 2020 Unit Falak PMWP bersama Unit Geodasi dan Geospatial yang diketuai Sr Balya Amin bin Yusof (Jupem) telah turun ke kawasan tanah perkuburan Islam Pantai Dalam bagi tujuan menyediakan mapping arah kiblat kawasan berkenaan dimana semua kubur-kubur tersebut akan diukur arah kiblat menggunakan teknik imej dron. Penggunaan teknik imej dron bagi pengukuran arah kiblat merupakan pertama kali dilaksanakan di Wilayah Persekutuan bagi memastikan ketepatan arah kiblat terutamanya bagi kawasan tanah perkuburan di lereng bukit.

19 - 21 Februari 2020 (Rabu - Jumaat)

Pada 19 hingga 21 Februari 2020 yang lalu, Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Aplikasi Waktu Solat Antarabangsa dan Hitungan Waktu Solat yang bertempat di Furama Hotel, Kuala Lumpur.

Unit Falak PMWP dalam kerangka untuk membangunkan dan mewujudkan satu aplikasi waktu solat antarabangsa yang akan menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia yang akan keluar negara bagi mendapatkan maklumat jadual waktu solat semasa. Justeru, bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan sumber-sumber waktu solat luar negara selain membincangkan kaedah dan konsep aplikasi waktu solat yang akan dibangunkan. Turut hadir dalam bengkel kali ini wakil daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan wakil daripada Unit Falak, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Selain itu, peserta bengkel juga didedahkan dengan kaedah hitungan waktu solat harian menggunakan Almanak Falak Syarie dan latihan diberikan supaya semua pegawai dapat meningkatkan kemahiran dalam hitungan dan penyediaan waktu solat harian. Unit ini telah menjemput Encik Wan Kamel bin Wan Husain daripada Bahagian Ukur Geodetik, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi mengendalikan bengkel hitungan waktu solat tersebut.

Antara gambar-gambar sepanjang bengkel berlangsung

03 Februari 2020 (Isnin)

Pada 3 Februari 2020 yang lalu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan rombongan dari Pondok Pesantren Nurul Islam (NURIS), Jember, Jawa Timur, Indonesia seramai 42 orang yang terdiri daripada para pelajar dan guru-guru.

Antara objektif kedatangan pihak NURIS ke Malaysia adalah bertujuan untuk melihat dan mempelajari proses cerapan hilal yang dilaksanakan di Malaysia. Unit Falak PMWP membawa rombongan tersebut ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), iaitu salah satu lokasi cerapan hilal rasmi di Wilayah Persekutuan bagi melihat dan mempraktik proses cerapan hilal dilaksanakan menggunakan alat teodolit. Penerangan dan sesi taklimat turut diberikan oleh Penolong Mufti Unit Falak, Ust Shahril Azwan bin Hussin kepada rombongan tersebut.

Selain penerangan dan praktikal cerapan hilal, Unit Falak PMWP juga turut membuat aktiviti cerapan Syafaq Al-Ahmar dan cerapan matahari terbenam selain penerangan berkaitan proses penentuan arah kiblat yang dilakukan oleh Unit Falak PMWP. Semoga praktikal ringkas yang dipelajari pelajar-pelajar pondok berkenaan dapat memupuk minat mendalami ilmu falak serta mewujudkan hubungan baik diantara pondok berkenaan dan PMWP khususnya dan kedua-dua negara Malaysia-Indonesia umumnya..

Antara gambar-gambar sepanjang lawatan dari NURIS

Subcategories

bl

"Keterangan Umum Permasalahan Semasa"

"Al Kafi Li al-Fatawi merupakan kupasan ringkas persoalan-persoalan agama di media sosial oleh netizen"

"Irsyad al-Hadith merupakan kupasan berkenaan fiqh dan faedah hadith selain ilmu hadith dirayah"

"Irsyad Usul Fiqh merupakan kupasan permasalahan Usul al-Fiqh"

"Solusi akidah dan pemikiran semasa"

"Penjelasan Fiqh Tetamu Ar-Rahman"

 

"Kolum penyelesaian kepada isu pelampau dan ekstremisme agama"