Language :  
Theme Color: blue green oren
Text Size : 
A- A A+
FAQ

03 Februari 2020 (Isnin)

Ijtima’ Kelab Falak Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Bil. 1/2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 2 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Ijtima’ tersebut telah di pengerusikan oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim dan dihadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan 33 orang guru dari sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Antara objektif Ijtima’ Kelab Falak kali ini adalah membentangkan laporan aktiviti Kelab Falak WP yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 dan perancangan aktiviti tahun 2020. Selain itu juga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) mengharapkan sekolah-sekolah menengah Wilayah Persekutuan dapat mewujudkan Kelab Falak di sekolah masing-masing.

Setakat ini terdapat 18 buah sekolah telah menubuhkan Kelab Falak dan insyaAllah akan terdapat pertambahan lagi Kelab Falak menjelang tahun 2020. Antara kejayaan yang dicetuskan melalui penglinbatan kelab falak sekolah adalah Johan Peringkat Kebangsaan bagi acara roket air parachute yang telah dianjurkan sempena Karnival Falak Melaka 2019 yang telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist. PMWP akan sedia membantu pengisian aktiviti kelab falak dengan program-program berkaitan. Ijtimak kali ini juga diisi dengan taklimat gerhana matahari cincin yang berlaku pada 26 Disember 2019 oleh AJK Falak Syarie WP, Encik Shahrin bin Ahmad.

18 buah Sekolah yang telah menubuhkan Kelab Falak bawah naungan PMWP :

I.           SMK Segambut Jaya
II.          SMK Wangsa Maju Seksyen 2
III.         SMK Raja Ali
IV.         SMK Puteri Wilayah
V.          SMK Seri Saujana
VI.        SMK (L) Methodist
VII.       SMK Bandar Tasik Selatan
VIII.      SMKA Kuala Lumpur
IX.        SMK Petaling
X.         SMA MAIWP
XI.        SMK Seri Bintang Utara
XII.       SM Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
XIII.      SMK Alam Damai
XIV.      SMK Taman Melati
XV.       SMK Seri Permaisuri
XVI.     SMK Bandar Tun Razak
XVII.    SMK Taman Setiawangsa XVIII.   Kolej Tingkatan 6 Desa Mahkota

Antara gambar-gambar sepanjang ijtimak