Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ
  • Welcome-BM
  • Tahniah Dan Selamat Datang SS Mufti - BM
  • Ucapan Raya 1441H - BM
  • APC PMWP 2019 - BM
  • eFatwa-BM

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 258 (26 APRIL 2016 M / 18 REJAB 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Tumpang tanya Dr,

Kawasan masjid adalah kawasan yang telah diniat waqafkan untuk masjid. Adakah haram untuk berjual beli, membuka tapak sewaan dan lain-lain di dalam kawasan berpagar yang diwaqafkan untuk masjid walaupun kawasan itu masih kosong dan tiada binaan di atasnya?

Wallahua'lam..

JAWAPAN:

Walaikumussalam wbt,

Kami cenderung untuk membezakan hukum ruang solat masjid yang telah diwartakan oleh pemerintah dengan kawasan tanah masjid yang masih kosong. Dimakruhkan oleh berjual-beli dalam ruang masjid yang dibina dan diharuskan pula berjual beli di kawasan yang sekelilingnya dengan beberapa syarat. Antara syaratnya ialah:

Hendaklah soal kebenaran berniaga di situ diselia oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid, supaya orang awam tidak semberono menjual barangan sehingga menganggu aktiviti masjid.
Jangan sampai perniagaan itu menghilangkan “kemasjidan” masjid seperti menjadikannya laksana pasaraya.

Pihak pengurusan masjid boleh mengenakan sewa ke atas gerai-gerai dan digunakan hasil itu bagi tujuan maslahah masjid seperti pembangunan dan pelebaran, kebajikan para pengajar dan bantuan kepada umat Islam yang memerlukan.

Wallahua’lam.

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji