Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MUNAQASYAH FALAK WILAYAH 2019

 

Munaqasyah Falak Wilayah Persekutuan 2019 telah berjaya dilaksanakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat dan Cawangan Labuan) pada 30 JamadilAkhir 1440H bersamaan 07 Mac 2019M yang telah lalu, bertempat di Dewan Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah Wilayah Persekutuan Labuan. Program tersebut telah dijayakan dengan pembentangan 2 kertas kerja, forum falak dan sesi dialog daripada 2 orang pembentang kertas kerja jemputan iaitu YBhg Prof. Madya Dr. Baharuddin bin Zainal (UNISZA) dan En. Shahrin bin Ahmad serta moderator, Ustaz Agku Bolkhizan bin A Ahmad Thani (Pegawai Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan).

Munaqasyah juga telah disertai hampir 450 orang peserta daripada kalangan Pegawai-pegawai Jabatan Mufti Negeri daripada seluruh Malaysia, Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan, guru-guru sekolah dan pelajar-pelajar sekolah menengah daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Munaqasyah ini telah mencapai objektif utama perlaksanaannya kerana mendapat sambutan yang baik dikalangan warga Wilayah Persekutuan Labuan. Program yang bermula seawal 7:30 pagi itu diakhiri dengan Cerapan Hilal Rejab 1440H di Tapak Cerapan Hilal Rasmi Wilayah Persekutuan Labuan, Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Mufti Negeri Seluruh Malaysia.

Program telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Hashim bin Haji Salleh, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan.