MERAFAK SEMBAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

أمڤون توانكو بريبو-ريبو أمڤون
سمبه ڤتيق هارڤ دأمڤون

Adalah patik dengan segala hormat dan takzimnya ingin merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan ke bawah Duli Tuanku di atas pelantikan patik sebagai salah seorang Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tahun 2021 sehingga 2024.

Sesungguhnya amatlah besar amanah yang dikurniakan oleh Tuanku ini. Apatah lagi ia melibatkan maslahah umat Islam di negara ini. Adalah patik berharap agar diri yang serba lemah dan kurang ini berupaya mempersembahkan yang terbaik kepada ke bawah Duli Tuanku.

Di kesempatan ini juga, patik dan seluruh warga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), berdoa kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala, mudah-mudahan institusi-institusi Islam dan negara Malaysia terus makmur serta maju di bawah pemerintahan KDYMM Tuanku.

Ampun Tuanku.
Patik dengan segala hormat dan takzimnya.
SS Datuk Dr. Luqman Hj. Abdullah
Mufti Wilayah Persekutuan