MAJLIS MAULIDUR RASUL PMWP

PUTRAJAYA, 29 OKTOBER 2021- YBhg. S.S Datuk Dr. Luqman bin Hj. Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah merasmikan sambutan Majlis Maulidur Rasul PMWP untuk memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, yang berlangsung di ruang legar Bahagian Khidmat Sokongan (BKS) PMWP.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dimulai dengan alunan selawat ke atas baginda SAW dan bacaan doa. Kemudian majlis diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Zainal Arifin bin Hj. Sharbini. Antara intipati perkongsiannya adalah:

1. Sediakan hati menerima urusan ketentuan Allah
2. Akhlak baginda menunjukkan akhlak hati baginda
3. Pendekatan kita dalam menyampaikan ilmu perlu sesuai
4. Dakwah Rasul mudah diterima kerana akhlaknya

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita mentahqiqkan hasrat dan tema Majlis Sambutan Maulid al-Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1443H yang berteraskan Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti.