Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MENYANTUNI MANGSA-MANGSA BANJIR DAN TANAH RUNTUH DI KAMPUNG SUNGAI PENCHALA

SELANGOR, 20 DISEMBER 2021 - SS Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, SS Ustaz Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan bersama-sama para pegawai PMWP telah menyantuni mangsa banjir dan tanah runtuh di sekitar Kg. Sg. Penchala. Dimaklumkan bahawa beberapa buah rumah telah runtuh sepenuhnya dan ada beberapa rumah masih dinaiki air. SS Datuk Dr. Mufti telah menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada:
- pengerusi, para Imam dan ahli jawatankuasa Masjid al-Hidayah dan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur dan wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas kesudian membantu memudahkan urusan sepanjang lawatan berkenaan.
- seluruh barisan hadapan yang bertungkus lumus menyelamat dan memastikan keselamatan mereka yang terjejas.
- para penyumbang dan mereka yang menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas.

Semoga mangsa-mangsa yang terjejas di tempat kejadian dan juga di seluruh negeri-negeri yang terlibat diberi kesabaran dan redha atas ujian yang menimpa. Semoga kita semua dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+