Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) (PINDAAN) 2021 DAN PROSEDUR KEWANGAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 21 FEBRUARI 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Istinbat melaksanakan sesi libat urus bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam Bengkel Pembentangan Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Udang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Tauliah Mengajar Agama Islam) (Pindaan) 2021 dan Prosedur Kewangan secara atas talian.

Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberi penjelasan lanjut mengenai Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Tauliah Mengajar Agama Islam) yang telah lulus dipinda pada Oktober tahun 2021 serta membincangkan prosedur kewangan bagi pembayaran tauliah mengajar Agama Wilayah Persekutuan kepada MAIWP. Bengkel ini dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan dihadiri pegawai kanan PMWP serta wakil daripada ahli Jawatankuasa Pengawasan dan Pengajaran Agama Wilayah Persekutuan.