Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SEMAKAN BAHAN TERBITAN PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1/2022

PUTRAJAYA, 4 MAC 2022 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Bahagian Sumber Maklumat, PMWP telah menganjurkan Bengkel Semakan Bahan Terbitan Siri 1/2022 pada 2 hingga 4 Mac 2022 di Masjid Putra, Putrajaya. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai penyelidik PMWP terlibat dalam bengkel semakan ini dan telah dikawal selia oleh SF Dr. Syed Syahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan) dan SF Ustaz Mohd Ghazali bin Mohamed Nor, Penolong Mufti Bahagian Sumber Maklumat (BSM) serta beberapa urusetia BSM.

Bengkel ini diadakan adalah untuk memurnikan serta membuat sedikit penambah baikkan pada buku ‘Kekeliruan Dalam Bidang Ilmu Hadis’ terbitan PMWP. Selain itu, diselitkan juga bengkel semakan bahan infografik khas Ramadan yang akan diterbitkan di bawah Unit Komunikasi Korporat, PMWP. Pengeluaran bahan infografik ini adalah bersempena kehadiran Ramadan Al-Mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi. Oleh yang demikian, PMWP menyediakan maklumat berkaitan persoalan dan penjelasan hukum-hakam yang “ringkas tapi padat” berkaitan Ramadan untuk santapan pembaca masyarakat awam.

Semoga ia memberi manfaat yang berguna dan berpanjangan kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.