Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA FALAK WILAYAH PERSEKUTUAN BIL. 1/2022

PUTRAJAYA, 10 MAC 2022 -  Mesyuarat Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan Bil. 1/2022 telah diadakan sebentar tadi yang  dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Turut serta adalah ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan mewakili agensi berkaitan dan ahli profesional dalam bidang falak dan astronomi.

Sebanyak 3 kertas cadangan dan 2 laporan telah dibincangkan bersama ahli falak yang berkisar berkaitan perihal penetapan awal bulan Islam, pengurusan sistem arah kiblat dan lokasi cerapan rasmi di Wilayah-Wilayah  Persekutuan. Mesyuarat juga dimaklumkan, Malaysia telah mengguna pakai kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan) yang baharu bermula Muharam 1443H. Justeru, penetapan awal bulan hijri termasuk Ramadan, Syawal dan Zulhijjah pada tahun ini akan mengaplikasikan kriteria tersebut yang turut diamalkan oleh negara Singapura, Indonesia dan Brunei.

Menerusi medium ini juga, pelbagai isu yang berkaitan ilmu falak dapat diselesaikan dengan lebih baik dengan penglibatan pakar dan agensi terlibat seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Institusi Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).