Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

TEMU DUGA TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1/2022 BAGI PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN CAWANGAN LABUAN

PUTRAJAYA, 31 MAC 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan (PMWPL) dengan kerjasama Ibu Pejabat, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan sesi Temu duga Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Bil.1/2022 kepada 40 orang pemohon tauliah dari Labuan.

Sesi temu duga ini telah dijalankan secara atas talian selama dua hari bermula pada 30 hingga 31 Mac 2022 di Dewan Syura, PMWP. Dua orang panel temu duga iaitu Ustaz Abdul Halim bin Abdullah dan Ustaz Hassan Alfadhli bin Abdul Rahman telah menilai kelayakan pemohon tauliah sebelum dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Pengawasan Pengajaran Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi mendapatkan kelulusan. Pelaksanaan temu duga ini adalah selaras dengan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993: Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Tauliah Mengajar Agama Islam) 2006.