Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SEMAKAN PENERBITAN PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 2/2022

CAMERON HIGHLANDS, 31 MAC 2022–   Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Bahagian Sumber Maklumat, PMWP telah menganjurkan Bengkel Semakan Bahan Terbitan Siri 2/2022 pada 28 hingga 31 Mac 2022 di Hotel Copthorne, Cameron Highlands. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai PMWP terlibat dalam bengkel semakan ini dan telah dikawal selia oleh SF Dr. Syed Syahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan) dan SF Ustaz Mohd Ghazali bin Mohamed Nor, Penolong Mufti Bahagian Sumber Maklumat (BSM) serta beberapa urusetia BSM.

Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk memastikan bahan-bahan-bahan terbitan PMWP disemak dengan teliti dan sempurna. Dalam bengkel kali ini, sebanyak dua buah buku telah disemak iaitu buku ‘Kekeliruan Dalam Bidang Ilmu Hadis’ dan ‘Terjemahan Kitab Akidah al-Muslim’.  Para peserta telah menyemak semula buku-buku ini mengikut standard kaedah penulisan serta membuat penambahbaikan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh PMWP.

Bengkel berakhir dengan majlis penangguhan yang disempurnakan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan. Semoga dengan pelaksanaan semakan ini menatijahkan hasil bahan terbitan PMWP yang berkualiti untuk dijadikan bahan sumber rujukan kepada ummah, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.