Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT PENGURUSAN PMWP BIL 1/2022

LABUAN, 15 APRIL 2022 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan di pejabat cawangan Labuan pada 12 April 2022. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tn. Hj. Jamali Mohd Adnan yang turut dihadiri oleh ketua unit dan pegawai Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

Mesyuarat antara lain membincangkan perancangan program dan aktiviti sepanjang tahun ini bagi mencapai Sasaran Kerja Tahunan yang ditetapkan. Selain itu, perbincangan ini juga bertujuan memastikan gerak kerja untuk mencapai visi PMWP sebagai peneraju dalam pengurusan fatwa bertaraf dunia yang efisien, profesional dan diyakini dalam aspek akidah, syariah dan tasawuf menjelang tahun 2025 akan tercapai melalui rangka kerja dan kerjasama strategik dengan agensi berkaitan.

Pengerusi juga memaklumkan bahawa PMWP bakal meraikan ulang tahun yang ke-50 penubuhannya menjelang tahun 2024 hadapan. Justeru, Sambutan Jubli Emas bakal diadakan dan akan dipenuhi dengan pelbagai acara serta pengisian yang berbentuk keilmuan dan kemasyarakatan sekaligus memberi impak terbaik kepada masyarakat secara menyeluruh.