Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PEGAWAI PENYELIDIK MAIK MENJALANI LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI PMWP

PUTRAJAYA, 7 JUN 2022 – Sekali lagi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) terpilih sebagai tempat bagi menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan untuk 2 orang pegawai penyelidik Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)  bermula 7 Jun 2022 hingga 7 Julai 2022.

Sepanjang berada di PMWP, mereka akan dilatih dan didedahkan kepada suasana bekerja sebagai pegawai penyelidik antaranya menyediakan artikel fatwa dan permasalahan hukum yang berkaitan, menjawab persoalan agama daripada masyarakat, mengetahui kaedah dan metodologi jawapan hukum  dan fatwa di samping menyertai beberapa program anjuran Unit Buhuth, PMWP seperti bengkel semakan kitab Majmuk dan Baht Masa’il serta tugasan penyiaran hukum dan fatwa di laman media sosial PMWP.

Ketika mengalu-alukan kehadiran mereka, Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan bersama pegawai-pegawai kanan PMWP mengharapkan agar peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan profesionalisme dan kepakaran pegawai penyelidik berkenaan seterusnya dapat menambah baik mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

 

 


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+