Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL PERBINCANGAN DRAF SIGHAH FATWA UNTUK DIWARTAKAN SIRI 5/2022 DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN KALI KE – 137

MELAKA, 10 JUN 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Bengkel Perbincangan Draf Sighah Fatwa untuk Diwartakan Siri 5/2022 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke – 137 di Hotel Mudzaffar, Melaka pada 8 hingga 10 Jun 2022.

Bengkel berkenaan telah disertai lima pegawai mewakili Jabatan Peguam Negara, wakil daripada Bahagian Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekuuan (MAIWP) dan beberapa orang pegawai daripada Unit Buhuth, PMWP. Bengkel dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan. Sejumlah sembilan fatwa telah siap disemak sebelum proses seterusnya untuk diwartakan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke – 137 pula dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan dihadiri seramai 14 orang ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, beberapa orang pembentang daripada MAIWP, Pusat Wakaf MAIWP serta pegawai-pegawai PMWP. Sebanyak tujuh kertas cadangan telah dibentangkan ke mesyuarat berkenaan bagi mendapatkan pandangan dan keputusan daripada ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

 

 

 


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+