ZIARAH MAHABBAH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA INSTITUT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

JOHOR, 13 JUN 2022 – Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima ziarah mahabbah daripada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan delegasi daripada Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali, Timbalan Pengarah (Bahagian Ijazah Tinggi) dan YBrs. Dr. Muhd Ikhlas bin Rosele, Ketua Jabatan Fiqh Dan Usul pada 13 Jun 2022 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah. Tuan Haji Mustapahayuddin bin Abdul Khalim, Pengarah IASWJ dan warganya menyambut mesra kehadiran delegasi.

Sebagai pengenalan Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (IASWJ) UTHM adalah institut penyelidikan dan perundingan dalam pelbagai bidang yang berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (IASWJ) beriltizam untuk menyebarluaskan ilmu, kefahaman dan penghayatan Ahli Sunnah Wal Jamaah (IASWJ) melalui pendekatan holistik bagi melahirkan modal insan Ahli Sunnah Wal Jamaah (IASWJ) yang kompeten dan berintegriti.

Perkongsian penyelidikan dan fatwa berkaitan isu-isu semasa terkini telah dikongsikan oleh SS Datuk Dr. Luqman kepada ahli-ahli akademik daripada Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang hadir. SS Datuk Dr. Luqman turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak institut atas penerimaan ziarah mahabbah tersebut.