Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SEMAKAN TERJEMAHAN MUQADDIMAH KITAB AL-MAJMUK SIRI 4/2022

PORT DICKSON, 2 JULAI 2022 – Sekali lagi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Buhuth, PMWP mengadakan Bengkel Semakan Terjemahan Muqaddimah Kitab Al-Majmuk Siri 4/2022 selama 3 hari 2 malam pada 30 Jun 2022 hingga 2 Julai 2022 di Tasik Villa, Port Dickson.

Bengkel di bawah  seliaan SF Ustaz Akhrun bin Musa, Ketua Unit Buhuth ini telah melibatkan  beberapa orang pegawai kanan PMWP, 6 orang pegawai penyelidik PMWP, 2 orang pegawai penyelidik Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang sedang  menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan di PMWP dan 4 orang panel jemputan. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyambung semakan serta memurnikan terjemahan bahan-bahan penyelidikan yang diadakan sebelum ini.

Di penghujung program, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan kepada peserta yang hadir agar meningkatkan usaha dalam penganjuran dan penglibatan program-program seperti ini kerana ia wajar diberi perhatian terutamanya apabila melibatkan kepada penterjemahan dan semakan.