Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNG HORMAT SHEKH ABU BAKAR AHMAD AL-MALIBARI, MUFTI BESAR INDIA KE PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 28 JUN 2022 – Jutaan terima kasih dan penghargaan dirakamkan kepada Sheikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari, Mufti Besar India bersama rombongannya atas kunjungan hormat kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan pada 28 Jun 2022 di Dewan Syura, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Majlis turut dihadiri, pegawai-pegawai kanan dan beberapa orang pegawai penyelidik dari Unit Buhuth, PMWP.

Pelbagai perkara dan pandangan dikongsikan terutamanya berkaitan institusi mufti dan kefatwaan dibincangkan dan dalam pertemuan ini. SS Datuk Dr. Mufti Wilayah Persekutuan turut menzahirkan ucapan berterima kasih di atas kerjasama kunjungan rombongannya ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Semoga pertemuan ini membawa manfaat kepada semua pihak.