Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT DUTA KESATUAN EROPAH KEPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 7 JULAI 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas kunjungan hormat YBrs. Tuan Michalis Rokas, Duta dan Ketua Kesatuan Eropah Ke Malaysia serta rombongannya kepada Mufti Wilayah Persekutuan di Dewan Syura, PMWP petang ini. Majlis turut dihadiri, pegawai-pegawai kanan dan beberapa orang pegawai PMWP.

Pada pertemuan tersebut, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah telah menjelaskan “core business” PMWP serta gerak kerjanya khususnya dalam bidang kefatwaan, keilmuan, dakwah dan kemasyarakatan kepada YBrs. Tuan Michalis Rokas dan rombongannya. Antaranya proses penfatwaan dan penguatkuasaannya di Wilayah Persekutuan, proses pentauliahan kepada pendakwah dan program-program anjuran PMWP. Selain itu, pelbagai perkara berkaitan pentadbiran hal ehwal islam dan aplikasinya terhadap kepelbagaian kaum di Malaysia terutamanya turut dikongsikan oleh SS Datuk Dr. Mufti Wilayah Persekutuan kepada rombongan tetamu.

Di akhir pertemuan, SS Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas kehadiran YBrs. Tuan Michalis Rokas dan rombongannya ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Semoga pertemuan ini mendatangkan impak yang positif dan bermanfaat kepada semua pihak.

 

 

 


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+