Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

LAWATAN KERJA INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL (IPPH) UPM KE PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 8 JULAI 2022 – Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menyambut baik lawatan kerja daripada Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) pada 8 Julai 2022 yang lalu. Prof. Madya Dr. Nor Ainy binti Mahyudin, Ketua Laboratori Penyelidikan Sains & Laboratori Perkhidmatan Halal bersama beberapa orang pegawai penyelidikan menyertai lawatan ini.

Melalui kunjungan tersebut, SS Datuk Dr. Luqman dan para tetamu telah membincangkan isu-isu penyelidikan produk-produk halal di Malaysia. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada PMWP kepada wakil IPPH, UPM yang hadir. Semoga hasil perbincangan tersebut mendatangkan manfaat kepada semua pihak.  

 

 


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+