Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MAJLIS AGAMA ISLAM PATTANI PONDOK SEKAM THAILAND KEPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 25 OGOS 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerima kunjungan hormat daripada Majlis Agama Islam Patani Pondok Sekam Thailand yang diketuai oleh Tuan Guru Baba Haji Ghazali bin Ahmad Al-Fatani, Ketua Lajnah Fatwa Majlis Agama Islam Patani Pondok Sekam Thailand serta rombongannya pada 25 Ogos 2022.

Dalam pertemuan tersebut, perbualan ringkas antara dua kenalan lama ini menyentuh dalam pelbagai isu hal ehwal Islam semasa terkini samada di Malaysia atau Pattani, Thailand. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan warga PMWP amat berbesar hati menerima kunjungan hormat Tuan Guru Baba Haji Ghazali yang merupakan seorang ulama tersohor di Pattani, Thailand serta rombongannya ke PMWP. Semoga pertemuan dan perbincangan dua negara sempadan ini mendatangkan manfaat kepada semua pihak.

 

  


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+