Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS TAUSIAH SYAHRI BAGI OGOS 2022 DAN EXECUTIVE TALK SIRI 3/2022 BERKAITAN PERANAN SKMM DALAM PENGHINAAN AGAMA DAN NABI DI MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA, 8 OGOS 2022 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Majlis Tausiah Syahri Bagi Ogos 2022 Dan Executive Talk Siri 3/2022 pada 8 Ogos 2022 di Bilik Latihan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Majlis tersebut melibatkan semua warga PMWP termasuk warga kerja PMWP di Cawangan Labuan secara langsung melalui Google Meet.
 
Majlis tersebut diisi dengan Tausiah Syahri Bagi Ogos 2022 yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Melalui ucapan tausiah tersebut, SS Datuk Dr. Luqman berharap agar semua warga kerja PMWP bekerjasama dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sempurna.
 
Seterusnya, majlis diteruskan dengan Executive Talk Siri 3/2022 yang disampaikan oleh penceramah jemputan Encik Harme bin Mohamed, Ketua Bahagian Keselamatan Rangkaian SKMM berkaitan Peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Dalam Isu Penghinaan Agama Dan Nabi Di Media Sosial. Dalam ucapannya, beliau menekankan agar sentiasa berhati-hati dalam penyebaran maklumat atau input berkaitan terutamanya apabila menyampaikannya melalui media sosial. Majlis berakhir dengan penyampaian beberapa naskhah terbitan PMWP sebagai tanda cenderamata kepada penceramah jemputan.