Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

LIQA’ MAHABBAH JABATAN/PEJABAT MUFTI SE-MALAYSIA KALI KE-2 1444H/2022

KUCHING, 17 OGOS 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) naik satu anak tangga dengan merangkul tempat keenam dalam kejuaraan Liqa’ Mahabbah Jabatan/Pejabat Mufti Se-Malaysia Kali Ke-2 1444h/2022 anjuran Jabatan Mufti Negeri Sarawak sebagai tuan rumah tahun ini bertempat di Universiti Malaysia Sarawak pada 12 hingga 16 Ogos 2022. Tahniah diucapkan kepada 35 kontijen PMWP atas sumbangan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan dalam menjuarai Liqa’ Mahabbah Jabatan/Pejabat Mufti Se-Malaysia pada kali ini.
 
Selain dari pertandingan sukan, program diisi dengan Masjlis Konvensyen Hal Ehwal Pengurusan Jabatan Mufti Se-Malaysia 2022 berkaitan institusi mufti dan kefatwaan. Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk Liqa’ Mahabbah Jabatan/Pejabat Mufti Se-Malaysia yang telah diadakan pada April 2022, ahli mesyuarat telah bersetuju memilih Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai tuan rumah sukan temasya untuk kali ke-3 pada tahun 2024 dengan penyerahan bendera sebagai tuan rumah untuk kali ke-3 pada Majlis Perasmian Penutupan Liqa’ Mahabbah Jabatan/Pejabat Mufti Se-Malaysia Kali Ke-2 1444h/2022.
 
Akhir sekali, PMWP turut menghargai dan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penaja termasuk Rangkaian Restoran Ali Maju dan Myway Haramain Travel atas sumbangan yang dihulurkan bagi keperluan Liqa’ Mahabbah Jabatan/Pejabat Mufti Se-Malaysia Kali Ke-2 ini.