Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SOAL JAWAB AGAMA

PORT DICKSON, 26 OGOS 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Komunikasi dan Korporat (UKK) PMWP telah menganjurkan Bengkel Soal Jawab Agama pada 24 hingga 26 Ogos 2022 di Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel tersebut dihadiri seramai 17 orang pegawai penyelidik PMWP daripada setiap unit bagi menjawab persoalan-persoalan agama yang dikemukakan melalui Laman Web Rasmi PMWP.
 
Bengkel tersebut juga diisi dengan perbincangan bersama para pegawai dalam menjawab persoalan secara ringkas dan mudah difahami untuk setiap lapisan maysarakat yang bertanya kemusykilan agama yang diterima melalui laman sesawang PMWP.