Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA MANTAN KPM (FATWA), PMWP ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH JHEAIP

PUTRAJAYA, 30 OGOS 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) merakamkan ucapan tahniah kepada mantan Ketua Penolong Mufti (Fatwa) PMWP, YBrs. Tuan Haji Najmuddin bin Abdul Karim atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JHEAIP) yang mula berkuat kuasa pada 1 September 2022. Jutaan terima kasih dan penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau selama hampir 3 tahun berkhidmat di PMWP.
 
Majlis Perpisahan telah diadakan pada 30 Ogos 2022 khusus buat YBrs. Tuan Haji Najmuddin bin Abdul Karim dan Ustaz Abd Hakim bin Abd Rasid, Pegawai Hal Ehwal Agama Islam S41 (Kontrak) yang akan berkhidmat sebagai Eksekutif, Jabatan Syariah Bank Rakyat. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan mendoakan agar setiap perjalanan kerjaya mereka berjaya dengan lebih cemerlang membawa imej PMWP.