Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MENGHADIRI KURSUS FATWA BAGI ULAMA SEMALAYSIA ANJURAN DARUL IFTA MESIR

MESIR, 8 SEPTEMBER 2022 – Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan bersama beberapa orang pegawai kanan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menghadiri Kursus Fatwa Bagi Ulama Semalaysia yang dianjurkan oleh Darul Ifta Mesir bermula pada 5 September yang lalu hinggalah 17 September 2022 di Markas Latihan, Darul Ifta Mesir. Turut dihadiri SS Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, SS Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, Mufti Negeri Selangor, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan beberapa orang pegawai kanan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan merangkap ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Mufti Negeri Melaka, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, para pensyarah daripada Universiti Malaya serta Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah. Kursus ini merupakan hasil pertemuan SS Datuk Dr. Luqman bersama Syeikh Dr. Shawqi Ibrahim Abdel-Karim Allam, Mufti Besar Mesir pada bulan Februari yang lalu dengan persetujuan daripada pihak Darul Ifta Mesir untuk menganjurkan kursus ini kepada Malaysia yang diurus setiakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Pelaksanaan kursus ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pegawai untuk berkongsi pandangan dan menimba ilmu berkaitan fatwa bagi memperkasakan lagi institusi fatwa di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan. Melalui kursus ini juga, dapat meluaskan lagi jaringan kerjasama Kerajaan Malaysia dengan pihak Darul Ifta Mesir serta para ulama dan ilmuwan Islam daripada seluruh dunia. Antara tenaga pengajar bagi kursus ini ialah Syeikh Dr. Shawqi Allam, Mufti Besar Mesir, Dr. Mukhtar Juma'ah, Menteri Wakaf Mesir, Dr. Usamah Sayyid Al Azhari, Penasihat Agama kepada Presiden Republik Arab Mesir, Dr. Fayyad Abdel Moneim, Mantan Menteri Kewangan Mesir dan beberapa lagi tokoh ulama daripada Darul Ifta Mesir dan Universiti Al-Azhar.
Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Syeikh Dr. Shawqi Allam, Mufti Besar Mesir pada majlis perasmian Kursus Fatwa Bagi Ulama Malaysia itu. Melalui majlis tersebut, turut menekankan bahawa sesuatu fatwa itu haruslah membawa kepada kestabilan masyarakat bagi mencapai tahap kesepaduan dari semasa ke semasa.
Semoga dengan pelaksanaan kursus yang berunsurkan latihan dan perbincangan mengenai kefatwaan ini memberi impak yang positif dan bermanfaat terutamanya untuk kepentingan negara dan rakyat di samping mencapai matlamat Islam dalam menstabilkan masyarakat.
 
 

Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+