Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL PENYELIDIKAN SOAL JAWAB – MODUL SIJIL EKSEKUTIF “KEMAHIRAN ISTINBAT HUKUM DALAM KEFATWAAN (KihFATWA)”

PUTRAJAYA, 25 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama daripada Institut Fatwa & Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah menawarkan peluang kepada pegawai-pegawai penyelidikan daripada Unit Buhuth PMWP untuk mengikuti Modul Sijil Eksekutif “Kemahiran Istinbat Hukum Dalam Kefatwaan (KihFATWA)” dengan menghadiri lapan modul yang telah ditetapkan.
 
Pelaksanaan Bengkel Penyelidikan Soal Jawab - Modul Sijil Eksekutif KihFATWA ini telah bermula pada bulan Ogos dan akan berakhir pada bulan November 2022 berdasarkan kepada tarikh dan siri yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak PMWP dan IFFAH, USIM. Sebanyak 2 siri telah diadakan iaitu pada 9 hingga 10 Ogos 2022 bagi siri 1 manakala 13 hingga 14 September 2022 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi Selangor. Pelaksanaan bengkel ini adalah merangkumi aspek-aspek asas kaedah istinbat hukum dan istidlal hukum serta aplikasinya terhada isu-isu semasa menurut ilmu usul fiqh, akidah dan tasawuf. Selain itu, bengkel ini juga diadakan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai pengurusan serta amalan fatwa di Malaysia.
 
Sijil Eksekutif KihFATWA ini dikendalikan oleh ahli-ahli akademik daripada IFFAH, USIM dan pensyarah USIM yang berkaitan antaranya Prof. Madya Dr. Abdul Manan bin Ismail, Dr. Mohd Nasir bin Abdul Majid,Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri serta beberapa panel pembentang yang lain.