Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN MUFTI NEGERI TRENGGANU DAN JAWATANKUASA FATWA TRENGGANU KEPADA PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 27 SEPTEMBER 2022 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jawatankuasa Fatwa Terengganu yang diketuai oleh SS Dato’ Dr. Haji Mohamad Sabri bin Haron, Mufti Negeri Terengganu bersama 15 orang pegawai dan kakitangan ke pejabat ini pada 26 September 2022.
 
Melalui kunjungan ini, SS Prof. Madya Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah berkongsi pelbagai informasi berkaitan teras perkhidmatan, gerak kerja dan pelaksanaan program-program Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Selain itu, ahli kunjungan turut betukar-tukar pendapat dan pandangan bagi penambahbaikan pengurusan hal ehwal agama dan kefatwaan dua-dua negeri.
 
Program berakhir dengan majlis penyampaian cenderamata antara kedua-dua jabatan. Semoga pertemuan ini memberikan manfaat dan perkongsian komprehensif kepada kedua-dua negeri.
 
 

Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+