MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1444H PMWP

PUTRAJAYA, 11 MEI 2023 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H di PMWP, Putrajaya hari ini. Majlis ini diraikan dengan kehadiran Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan para jemputan yang terdiri daripada pelbagai agensi, ahli Jawatankuasa di bawah PMWP, rakan kerjasama strategik PMWP dan lain-lain.

Majlis dimulakan dengan Program Bicara Mufti Khas Sempena Sambutan Aidilfitri Bagi Tahun 2023 yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Majlis diteruskan dengan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1444H PMWP.

Pejabat ini merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas kehadiran para tetamu dalam memeriahkan majlis ini.