QALAM MUFTI #45: TAHNIAH HARIMAU MALAYA!

tahniah harimau malaya.JPG

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Sekalung tahniah kami ucapkan buat skuad Harimau Malaya kita yang telah berjaya membawa pulang 3 mata amat berharga dari Stadium Gelora Bung Karno. Perlawanan yang telah berlangsung semalam telah menyaksikan bahawa skuad Harimau Malaya telah didahului skuad Indonesia sebanyak dua kali. Namun keterujaan kami adalah apabila skuad Harimau Malaya mampu bangkit semula seterusnya berjaya memenanginya.

Pada pemerhatian kami, skuad Harimau Malaya layak memenangi perlawanan semalam kerana:

Di kesempatan ini juga ingin kami gunakan untuk menyeru seluruh penyokong Harimau Malaya untuk tampil dengan akhlak yang baik saat kita sebagai Tuan Rumah melayan penyokong pasukan pelawat nanti. Ketinggian akhlak kita cerminan ketinggian mentaliti rakyat berkelas tinggi dunia. Contohilah akhlak dan kebesaran jiwa Baginda Rasulullah SAW. Semoga ukhuwah Islamiyah kita akan terus subur. Insya Allah.

Semoga langkah kanan skuad Harimau Malaya ini dapat menjadi bekal semangat berterusan bagi terus memperagakan aksi yang terbaik memenangi perlawanan menentang UAE pada 10 September 2019 nanti dan juga perlawanan-perlawanan yang seterusnya.

Sekali lagi, tahniah Harimau Malaya. Anda kebanggaan rakyat Malaysia.

Cetak