Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT RZS-CASIS KEPADA PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 8 JULAI 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerima kunjungan hormat R Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies on Islam, Science and  Civilisation (RZS-CASIS) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris, Pengarah, Prof. Dr. Muhammad Zainiy Uthman dan Dr. Mohd Hilmi Ramli serta beberapa orang ahli rombongannya di Dewan Syura, PMWP pada 6 Julai 2022 yang lalu. Turut hadir bersama-sama dalam perbincangan ini, Ustaz Akhrun bin Musa, Penolong Mufti Unit Istinbat, PMWP.

Kunjungan tersebut diisi dengan perbincangan berkaitan penerokaan bidang baharu terhadap penyelidikan dan beberapa isu pemikiran dalam kalangan ilmuwan dan organisasi Islam terhadap pengurusan masyarakat Islam masa kini. Semoga dengan pertemuan ini memberikan input yang komprehensif dan bermanfaat kepada semua pihak.