Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

Pada 20 Jun 2017 bersamaan 25 Ramadan 1438H, satu majlis yang dinamakan sebagai Liqa’ Mahabbah dan Iftar Bersama-sama Mufti Wilayah Persekutuan telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh 250 orang terdiri daripada rakan-rakan artis veteran tanahair, penulis skrip, mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia, tenaga pengajar dan pelajar-pelajar dari Pondok Moden Al-‘Abaqirah dan Ma’alim al-Sunnah Li al-Dirasati al-Nabawiyyah (institusi pendidikan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)), rakan media dari Astro Oasis dan Astro Shaw. Majlis ini bertujuan menyantuni rakan-rakan artis dan penggiat seni kreatif serta menjalin hubungan yang erat antara institusi mufti dan golongan anak seni. Para tetamu berpeluang mengajukan permasalahan berkaitan isu-isu semasa khasnya berkaitan bidang seni secara terus kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan dalam sesi Anda Tanya , Mufti Jawab. Majlis turut diselitkan dengan acara pelancaran Dana Wakaf Pondok Moden Al-‘Abaqirah, MAIWP oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan. Majlis ini berakhir selepas usai Solat Terawih berjemaah ditunaikan dan jamuan moreh.